Penyanyi senior, Aishah menyifatkan dirinya akan berhenti daripada penglibatan di dalam industri seni selepas segala hajat dan impiannya tercapai.

Jelas Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, buat masa ini dia tidak mahu menghirau komen-komen negatif segelintir pihak, sebaliknya hanya akan memberikan sepenuh tumpuan buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Life must go on, buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi. Harapan I di masa taklah lama lagi I akan dapat laksanakan impian-impian I yang belum tercapai.

“Yang sakit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau, I wont be here forever. Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut disuarakan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

Aishah turut menambah, sebagai seorang penyanyi niatnya hanyalah untuk menghiburkan hati diri sendiri serta para pendengar dan bukanlah untuk menyebarkan kebencian.

IKLAN

“Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati. Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.

“Tujuan dan definasi lagu itu ialah irama yg menyampaikan cerita. Jangan dicemari keindahan seni itu dgn hati yang kusam dan kosong itu. Jaga diri semua,” jelasnya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Aishah supaya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.

Baru-baru ini, Aishah merupakan antara finalis di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumber: Instagram Aishah