Pelakon senior, Jasmin Hamid ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Jasmin telah berkongsi rakaman video ketika penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari sedang membuat persembahan baru-baru ini.

IKLAN

Pelakon berusia 47 tahun itu ada memberikan reaksi terhadap apa yang dilakukan ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Tulisnya, beginilah kehidupan serta pengorbanan insan bergelar anak seni.

“Beginilah kehidupan dan pengorbanan kami sebagai anak seni.. walaupun baru kehilangan orang tersayang namun kami harus jalankan tanggungjawab kami, menghiburkan masyarakat kerana kelangsungan hidup dan kontrak yang telah di tandatangani sebelum dugaan Allah melanda,” tulisnya.

IKLAN

Selain itu, Jasmin turut berkongsi kisah pengalaman kehilangan orang tersayang bersama peminatnya.

Meski reda atas apa yang berlaku, namun dia tetap mengucapkan terima kasih buat produksi yang memahami situasi.

“Inilah juga yang terjadi kepada saya di mana Arwah MAMA saya pulang menemui penciptaNYA ketika saya sedang shooting drama LARA AISHAH dan Arwah BABA saya juga telah pulang menemui penciptaNYA ketika saya sedang shooting drama JOYAH the series pada tahun yang sama 2016.

“TERIMA KASIH kepada pihak produksi yang telah berikan saya cuti untuk saya bertenang sebelum saya sambung kembali kerja yang telah diamanahkan.

“Saya tidak akan lupakan jasa dan budi baik kalian yang terlibat untuk 2 buah drama ini kerana memahami perasaan dan situasi saya ketika itu.

“Gelak tawa di hadapan umum tapi dalam hati, hanya Allah Maha Mengetahui perasaan saya ketika itu.. walau bagaimanapun, saya REDHA kerana itu adalah ketentuan dan pinjaman dariNya.

“Semoga orang-orang kesayangan kita di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB dan mendapat Husnul Khatimah, Aamiin.,” tulisnya panjang lebar.

https://www.instagram.com/tv/B9M0hxyJrNv/?igshid=571a9etaxr6f

Video: Instagram Jasmin Hamid