Tuntutan perceraian Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan Gempak, keduanya telah diminta hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai oleh Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail.

Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” kata Nabila seperti dipetik.

Sementara itu, Sharnaaz pula menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.

Terdahulu Nabila berkongsi foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Pasangan ini dikatakan sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman. Sharnaaz dan Nabila diijabkabul pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad, setahun.

Foto : Gempak