Penyanyi popular, Misha Omar ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Figura yang sinonim menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini dirakam sedang menyanyikan lagu Cinta Sejati nyanyian asal Bunga Citra Lestari.

IKLAN

Di samping itu, penyanyi berusi 38 tahun ini turut memberi kata nasihat bersama peminat dan menyarankan agar peminat sentiasa menghargai insan yang disayangi.

“..Saat Aku tak lagi disisimu, ku tunggu kau di keabadian…” .

IKLAN

“Teruslah berkasih sayang ,saling menghargai, cinta mencintai saat waktu masih berpihak pada kita,..,”

“Jangan lupa sedekahkan/ hadiahkan seikhlas hati al fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, Allahyarham Abam @ Syed Umar Mokhtar, Allahyarham Aji, Allahyarham Faizal Uzir, Allahyarham Kelly, Allahyarham Pak Yus, Allahyarham Adnan Abu Hassan dan

“Allahyarham bapaku, Omar bin Ismail seusai kalian menikmati nyanyian sederhana saya ini,… Terima kasih…,” tulisnya.

https://www.instagram.com/tv/B9LHjx-pMsd/?igshid=fm33n6xztzbk

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sebak apabila menonton perkongsian Misha.

Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah dilahirkan 6 Januari 1982 di Kota Bahru, Kelantan.

Video: Instagram Misha Omar