Hari ini genap ulang tahun kelahiran pelakon Mia Ahmad yang ke-32 tahun.

Malah, pelakon Sara Kirana itu turut meluahkan rasa syukur kepada Pencipta kerana masih dilanjutkan usia.

Alhamdulillah. Terjaga pagi ini masih bernafas, masih sihat dan masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk melalui kehidupan selama 32tahun pada hari ini.

Terima Kasih Ya Raab kerana menjadikan aku seorang isteri dan ibu, terima kasih kerana melahirkanku dari kalangan keluarga yang baik-baik.

“Terima kasih kerana menghadirkanku keluarga mertua yang baik-baik, terima kasih kerana menghadirkanku teman yang baik-baik dan terima kasih kerana mempertemukanku dengan orang yang baik-baik.

“Doaku semoga silaturrahim ini kekal hingga ke Jannah,”tulisnya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut menitip ucapan buat isteri tercinta.

“Sanah Helwah sayangku. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik,

“Dikurniakan segala kebaikan dan hajat dunia dan akhirat. @mia.ahm4d, happy birthday mummy,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping foto bersama.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa,dua tahun.

Mia kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah lima bulan usia kandungannya.

Foto:Instagram Mia Ahmad