Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kisah disebalik kereta pertama yang dimilikinya memberikan 1001 kenangan.

Menurutnya, kereta tersebut digunakan selama tiga tahun dan dan berulang-alik ke Singapura-Malaysia ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

“TabarakALLAH . My first car. Kereta yg byk berjasa pada tahun 2005-2008. Naik turun SG-KL selama 3 tahun masa mula berlakon di M’sia.

“Kalau siapa ingat drama Janji Diana RTM mesti akan ingat kereta ni. Dan dalam kereta tu lah My Diyana @diyanahalik yg dah berjanji sehidup semati. InnShaAllah. Nama my son Anaqi @danishanaqiaaron di bonnet kereta. My humble beginnings,” tulisnya.

Malah, pelakon filem KL Gangster itu juga menyifatkan bahawa kereta tersebut banyak berjasa kepada diri dan isterinya,Datin Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi.

IKLAN

“Kereta ni lah yg jadi rumah Kalau takde tempat tidur. Kereta ni lah yg tempat rehat.

“Kereta ni lah yg sangkut Banjir kat Ampang. Kereta ni lah byk kena saman sebab nak sampai KL awal. Thank you ALLAH!!!,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji ketabahan pasangan ini yang susah senang bersama hingga kini.

Untuk rekod,Aaron dan Diyana berkahwin pada Ogos 2003.

Pasangan ini juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Foto: Instagram Aaron Aziz