Gaya dan bakat yang dimiliki pelakon, Que Haidar sememangnya tidak perlu disangkal lagi kerana setiap kali hasil lakonannya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton.

Terbaru, Que ada berkongsi foto di sebalik tabir pengambaran drama terbaru lakonannya, ‘Pencipta Pegang Waktu’.

Ia sebuah telemovie khas yang akan disiarkan sewaktu Hari Raya Aidiladha nanti.

IKLAN

“Terkadang disaat kita rasa hidup kita sempurna sebenarnya kita sedang diuji dengan kesempurnaan itu.

“The making Of ‘Pencipta Pegang Waktu’ telemovie khas Hari Raya Aidiladha di TV3,” tulisnya.

Foto-foto tersebut turut memperlihatkan rambutnya benar-benar dipotong dalam salah satu babak telemovie berkenaan.

Entri tersebut dikongsikan oleh Que menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan perkongsian tersebut malah mereka turut telah meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap hasil akhir telemovie berkenaan.

Selain Que, antara nama besar lain yang turut membintangi telemovie ini adalah Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Sumber: Instagram The Haidars