Dua letupan besar menggegarkan sebuah pelabuhan di ibu kota Lebanon, Beirut dan kawasan sekitarnya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.00 petang Selasa, waktu tempatan.

Letupan dahsyat itu sekali gus menyebabkan ramai orang awam cedera dan terkorban.

Menerusi video yang mulai dikongsikan di media sosial, dapat disaksikan impak letupan yang kuat sekali gus menggegarkan bangunan sekitar dan mengalami kerosakan.

Kepulan asap tebal turut menyelubungi ruang udara Beirut.

IKLAN

Sementara itu menerusi rakaman sama, letupan kedua di lokasi terbabit yang mengeluarkan cahaya jingga lalu mencetuskan kesan gelombang nyata mengejutkan semua.

“Tak pernah lihat letupan seperti ini. Doakan (Beirut),” tulis pengarah Bollywood, Rathna Kumar menerusi satu status di Twitter, awal hari ini.

Setakat ini, punca sebenar yang menyebabkan kejadian letupan itu masih belum diketahui.

Berikut merupakan video rakaman tular tragedi yang dikongsikan pengguna Twitter dari seluruh dunia;