Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah pelakon, Harris Annuar yang dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang daripada bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi sebuah posting yang dikongsikan di Instagram, Harris dengan rasa rendah diri membuat permohonan maaf kerana menyifatkan dirinya telah menyusahkan ramai pihak.

Malah, anak kepada usahawan kosmetik popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton ini turut memberi tahu, tahap kesihatannya kini baik-baik sahaja cuma badannya berasa sedikit lemah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

“Dengan rasa rendah dirinya Harris memohon maaf jika menyusahkan semua, untuk yang bertanyakan tentang khabar Harris, Alhamdulillah Harris sekarang ni ok, cuma badan je lemah sikit.

IKLAN

“Semalam bila harris buat test covid di @kumpulan_megaklinik_zahran and tested positive harris rasa jantung ni macam nak drop je, tapi takpe Harris percaya semuanya ada hikmah atas segalanya and doktor ada bagitahu Harris suruh harris inform dekat semua close contact Harris yang Harris jumpa dalam masa terdekat ni,” tulisnya.

Jelas finalis Hero Remaja 2017 ini lagi, dia berharap agar orang ramai tidak menunding jari kepada sesiapa pun kerana menyifatkan perkara seperti ini sukar untuk dikawal.

“And Alhamdulillah Harris dah bagitahu dekat semua, pihak klinik ada mengatakan yang close contact bermaksud yang harris tidur bersama, makan bersama, bercakap bersama tanpa memakai mask, itu dikira close contact manakala kalau Harris berjumpa tapi harris pakai mask and bercakap, itu tidak dikira close contact.

“Tapi kalau ragu ragu jugak tak mengapa boleh buat swab test dekat mana mana tempat berdekatan, Harris tak minta semua benda ni jadi, harap tiada siapa yang menuding jari, In Sha Allah Allah selamatkan segalanya! And terima kasih kepada semua yang risaukan tentang Harris,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut berharap agar Harris lekas sembuh.

Terdahulu, Harris bercuti di Langkawi selepas berjaya menamatkan misi kayuhan sejauh 540 KM daripada rumahnya ke pulau tersebut.

Sumber: Instagram Harris Annuar