Selebriti popular Neelofa menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas perkahwinan kakaknya, Noor Nabila bersama Engku Emran yang berlangsung pagi Jumaat.

Sambil mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina kekal hingga akhirnya, bekas hos program MeleTOP ini turut berdoa semoga ikatan yang terjalin terus dirahmati olehNya.

“Hari ini merupakan hari bahagia kakak saya, Noor Nabila.

“Saya berasa sangat gembira melihat Nabila meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagian yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.

IKLAN

“Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi, dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya kepada MH.

IKLAN

Neelofa menitipkan dedikasi tersebut sejurus majlis ijab kabul pasangan raja sehari itu disempurnakan kira-kira jam 10.00 pagi, di Masjid  At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Terdahulu, Engku Emran Engku Zainal, 46 dan Nabila, 36, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan dinikahkan berwalikan adiknya, Mohamed Aqief Mohd Noor sebagai wakil.

IKLAN

Usahawan itu menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin berkenaan.

Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan. 

Berlangsung dalam norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Majlis diraikan bersama kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu.