Pelakon Syed Ali berkongsi pengalaman suatu ketika dahulu, iaitu ketika dia mencari rezeki di sebuah restoran.

Jelasnya pada pagi raya, dia tidak punya wang walaupun satu ringgit.

Malah lebih menyedihkan, telefon bimbit yang dipakai juga tidak punya kredit untuk menghubungi kedua ibu bapanya.

“Pernah dulu sekali, pagi raya langsung tak ada duit, walaupun seringgit. Masa tu keje restoran.

IKLAN

“Menangis sensorang aku kat KL ni. Pengalaman yang hebat. Nak call abah, mak tapi takut. Nak call macam mana? Kredit pun tak ada. Hehe,” ceritanya.

Malah ulasnya juga, ketika itu dia hanya menggunakan model telefon bimbit regular.

“Semua orang ada citer best kan dalam hidup.

“Masa tu aku pakai HP nokia 3310. tapi tk de kredit, kamprit betul,” kongsinya.

Di ruangan komen, peminat memberi pandangan dan ada yang menyatakan, setiap orang pernah mengalami detik paling sukar dalam hidup.

Foto : Instagram Syed Ali