Dikenali sebagai seorang suami romantis dan bapa penyayang, pemergian Ashraf Sinclair nyata menjadi kisah pilu yang tidak boleh dilupakan terhadap dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Tambahan pula, pemergian Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair memberikan kesan mendalam apabila arwah meninggalkan balu, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair, 10 tahun.

Malah, foto dan video hening saat Bunga di samping anaknya turut mengundang sebak saat dia menitiskan air mata bersebelahan pusara insan tersayang.

Lantas, video tersebut meninggalkan kesan terhadap pelakon, Aeril Zafrel sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak.

“Lihat video ni. Aku terbayang ..mungkin begini situasi isteri dan anak2ku.. bila aku pergi nanti,” tulisnya.

Terdahulu, Ashraf, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia petang semalam yang dihadiri ramai tetamu.

Video / Foto : Twitter Aeril Zafrel, Google