Penyanyi Nita Hamzah ada membuat coretan, memberikan dedikasi istimewa buat arwah bapanya, Hamzah Abdullah bersempena dengan ulang tahun Allahyarham yang ke-68, 6 Julai lalu.

Jelas Nita, meski hanya dapat menikmati kasih sayang seorang bapa dalam tempoh sekejap, nanum hubungan di antara keduanya begitu rapat.

“Saya cuba untuk tidak tulis. Tapi saya nak juga tulis.

IKLAN

“Sebenarnya 6.7 genaplah 68 tahun umur seorang lelaki yang paling saya sayang yang pernah ada dalam hidup saya walaupun saya hanya dapat menikmati kasih sayang dari dia hanya 9 tahun sahaja tapi dia adalah yang paling rapat.

“Tiada apa yang nak saya wish , hanya sedekah Al Fatihah kepada arwah abah. Sanah Helwah PWI Hamzah Bin Abdullah. Al Fatihah,” tulis pemenang tempat kedua program realiti, Malaysian Idol 2 tidak lama dulu ini.

Serentak dengan itu, para pengikutnya di Instagram turut menitipkan doa, sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.

Terdahulu, Nita yang pernah muncul dengan single berjudul Hadirlah Cinta ini kini hidup bahagia harmoni bersama suami, Mohd Fareez Shamsul Bahari.

Pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata itu mendirikan rumah tangga April 2018.

Foto: Instagram Nita Hamzah