Sebentar tadi, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari ada memuat naik sepotong video di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut merakamkan saat pertama kali Bunga bertemu dengan Allahyarham suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Ashraf Sinclair.

Ia sewaktu dia temuramah menerusi program Beat TV yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2007 berkenaan dengan album solo pertamanya yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia ketika itu.

View this post on Instagram

Source : BEAT TV Astro Ria – 2007

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

“Source : BEAT TV Astro Ria – 2007,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon filem Habibie & Ainun ini turut berkongsi video berkenaan di ruangan IG stories dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati.

“Pertama kali ketemu kamu,” tulisnya sambil disertakan dengan emoji hati.

Posting tersebut nyata menyentuh hati ramai pihak sehingga meraih lebih 1.5 juta tontonan sambil dihujani ribuan komen sejurus beberapa jam ia dimuat naik.

Rata-rata peminat dan rakan artis dari dalam dan luar negara minitipkan kata-kata semangat buat ibu beranak satu itu agar sentiasa kuat bagi menjalani hari-harinya yang mendatang.

Terdahulu, Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 18 Febuari 2020 akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari