Menerusi Twitter, satu status yang dilayangkan seorang pengguna media sosial yang seolah-olah menuduh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mengucapkan takziah kepada rakan selebriti seberang, Bunga Citra Lestari (BCL) atas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Malahan, status berkenaan turut mendakwa penyanyi Anta Permana itu sibuk mempromosi video sambil disusuli dengan tanda pagar #donekecam.

Bagaimanapun, netizen terbabit secara profesional akui khilaf dan mohon maaf kerana terjumpa komen bintang terkenal itu yang telah pun merakamkan ucapan takziah kepada BCL di Instagram.

IKLAN

Lalu, Rozi Abdul Razak yang juga merupakan pengurus kepada penyanyi terkenal itu turut tampil menjernihkan keadaan menerusi platform sama.

“Mengenal @CTNurhaliza11 dia prihatin, tak kisah di mana menzahirkan rasa tetapi pasti dia tak lupa,” tulis Rozi.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf yang juga pelakon asal Malaysia meninggal dunia pagi Selasa, dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah meninggalkan seorang balu serta seorang cahaya mata tunggal, Noah yang kini berusia 10 tahun.

Foto: Instagram Datuk Seri Nurhaliza