Terdahulu, kisah percintaan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Julia Farhana dan Erwin Dawson pernah menjadi perhatian peminat suatu ketika dulu.

Sebelum ini, Julia pernah menjalinkan hubungan cinta sama pelakon lelaki berkenaan.

Bagaimanapun hubungan hubungan tersebut tidak diteruskan ke fasa seterusnya atas alasan mahu beri fokus terhadap kerjaya masing-masing.

Bagaimanapun, difahamkan pasangan ini kembali menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Cuma kini, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin kembali sendirian dan hubungan percintaan dia bersama Erwin pun telah berakhir.

“Buat masa ini, saya mahu fokuskan kepada kerjaya dan karier saya sebagai seorang pelakon, jadi saya sendirian sekarang.

“Saya akui kami kini hanya sekadar berkawan baik bagaimanapun kami akan sentiasa ada untuk antara satu sama lain.

“Sekurang-kurangnya masing-masing bebas dan bila dah bersedia baru fikir pasal perhubungan atau kahwin,” katanya kepada MH.

Tambahan lagi, Julia mengatakan dia tidak gemar untuk menjalinkan hubungan percintaan dalam suatu tempoh yang terlalu lama.

“Sebab Ju pula jenis tak suka relationship lama lama, kalau nak lama tu, lebih baik sendiri.

“Dah ready nak ada serious relationship kahwin je malas nak bercinta lama lama,” jujur kata Julia.

Foto : Instagram Julia Farhana