Setelah hampir 8 bulan pelakon jelita, Zahirah MacWilson mengikat tali pertunangan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza, teka teki perkahwinan pasangan ini hampir terjawab.

Zahirah telah berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya ketika melangsungkan majlis malam berinai.

Bukan itu sahaja, bintang drama bersiri Curi-Curi itu melangsungkan majlis malam berinai bertemakan ‘Bollywood’.

Di samping itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat memuji kejelitaan penampilan bintang berusia 25 tahun itu memakai Saree.

Sebelum ini, Zahirah merahsiakan tarikh perkahwinan secara rasmi kerana ingin memberi kejutan kepada peminatnya.

Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pasa 8 Jun lalu.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson