Selepas pelawak Ali Puteh tampil menjernihkan keadaan dan memohon maaf atas segala yang berlaku selain memohon Aliff Syukri untuk melakukan perkara sama terhadap ibunya, usahawan berkenaan menerusi Instagram menjelaskan, dia sedih atas apa yang berlaku.

Pada masa sama, Aliff mendakwa sudah wujud konflik antara pihak terlibat.

IKLAN

“Abah sedih… “Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita.

“Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya? “Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan.

IKLAN

“Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya  lagi, dia sekarang tersepit dan merana dengan apa yang berlaku ditambah selepas mendapat pelbagai kecaman daripada warganet.

Aliff berkata, dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan dan menjawab segala persoalan timbul. sumber wartawan dari harian metro @sudyrtahir tq for info,” luahnya.

View this post on Instagram

abah sedih 😢 “Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya? “Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. . . Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Aliff, dia sekarang tersepit dan merana dengan apa yang berlaku ditambah selepas mendapat pelbagai kecaman daripada warganet. Aliff berkata, dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan dan menjawab segala persoalan timbul. sumber wartawan dari harian metro @sudyrtahir tq for info

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu, Ali menerusi sidang media menjelaskan kekeliruan berhubung dakwaan yang dikeluarkan Nurhidayah menerusi temu bual bersama Alii Syukri ketika kunjungannya ke kediaman bali arwah.

Ali turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga balu arwah secara tertutup bagi menyelesaikan isu ini.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri