Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim pertama, Rosma mendedahkan setiap individu boleh melakukan perubahan yang diimpikan andai adanya kesedaran.

Memuat naik foto lamanya membandingkan sisi dulu dan kini di Instgaram, permaisuri hati Khai itu turut mengakui perubahan yang dilakukan perlu ada disiplin berterusan dan hasil bukan dapat dilihat dalam tempoh sekejap.

“Semua org boleh lakukan perubahan yg diimpikan. Kita ni pun sememeh je dulu. Org katalah apa pun telan aje sbb apa. Dulu tak fikir nak ubah apa2. Temanya selesa katanya.

“Bila ada kesedaran utk berubah,terus buat tindakkan. Dalam tindakkan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses.

IKLAN

“Jika kte seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lelemak dibadan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lelemak itu.

“Alasan itulah tembok yg perlu kte pecahkan. Jika kte ni tak pecahkan alasan utk berubah dari tahun 2003,Rasanya tak ada picture ini.

“Hanya diri kita mampu lakukan.Ingat..Selepas tindakkan akan disusuli dgn proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit. Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah.Mmg idok le,” tulisnya optimis.

View this post on Instagram

Semua org boleh lakukan perubahan yg diimpikan. Kte ni pun sememeh je dulu.Org katalah apa pun telan aje sbb apa..Dulu tak fikir nak ubah apa2.Temanya selesa katanya 😅😅 Bila ada kesedaran utk berubah,terus buat tindakkan. Dalam tindakkan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses. Jika kte seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lelemak dibadan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lelemak itu.😁 Alasan itulah tembok yg perlu kte pecahkan. Jika kte ni tak pecahkan alasan utk berubah dari tahun 2003,Rasanya tak ada picture ini. Hanya diri kita mampu lakukan.Ingat..Selepas tindakkan akan disusuli dgn proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit. Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah.Mmg idok le 😆 #mssenaros #khairosma #fightobesity

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai sekitar tahun 2008 dan setakat ini, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Foto: Instagram Rosma