Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram stories, penyanyi Nabila Razali ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap dirinya sewaktu mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) baru-baru ini.

“Thank you everyone for the love and support. But I think, this is it,” tulisnya.

Jelas Nabila atau Bella, dia sedikit pun tidak berasa menyesal untuk membuat persembahan di pentas sebesar AJL kerana menyifatkan segala keputusan yang dibuat adalah dengan kehendaknya sendiri.

IKLAN

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini turut berharap agar semua tidak meletakkan 100 peratus kesalahan tersebut di bahu pihak pengurusannya.

“It was my decision to put myself on stage. It was my choice and I’ve enjoyed every second of it. No regrets.

IKLAN

“Please do not put my management into blame as they worked really hard to fullfill my dreams,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nabila turut mendedahkan pihak pengurusannya juga telah melakukan yang terbaik demi memastikan segalanya berjalan lancar buat dirinya pada malam tersebut.

IKLAN

Terdahulu, isu melibatkan Nabila Razali di pentas AJL35 telah pun mendapat perhatian ramai pihak termasuk penyanyi senior seperti Datuk Hattan, Datin Alyah, Siti Sarah dan ramai lagi.

Rata-rata beranggapan Nabila telah pun melakukan yang terbaik malah, keberaniannya dalam menghabiskan persembahan tersebut sememangnya layak untuk diberikan pujian.

Sumber: Instagram Nabila Razali