Pelakon, Izara Aishah ada memberikan persoalan berdasarkan trend terkini yang berlaku di dalam industri lakonan tempatan.

Jelas Izara, dia tidak faham mengapa kebanyakkan pengarah kini lebih memilih personaliti media sosial untuk membintangi karya arahan mereka.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. Tv semakin no budget because of covid is it?,” tulisnya ringkas.

Persoalan tersebut disuarakan ibu kepada seorang anak itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.

IKLAN

Sementara itu, Izara turut mempersoal adakah pihak stesen televisyen semakin kekurangan bajet ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak setahun lalu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut memberikan reaksi terhadap cara lakonan yang dipamerkan oleh sesetengah personaliti media sosial.

“Tak perlu pegi ujibakat apa semua. Asal ada rupa blh jln. Bakat kadang letak tepi,” luah seorang warga maya.

IKLAN

“Rugi masuk kelas teater, masuk belajar berlakon sana sini. Jadi tweet pemes auto approve sis OMG KAUUUUU!,” tulis seorang warna maya yang meluahkan kegusaran.

“Harap pihak produksi ni amik la pelakon2 yang memang betul-betul berbakat bukan sebab dia instafemes je. We need quality,” luah seorang individu.

Malah, para peminat juga turut meluahkan rasa rindu untuk melihat Izara kembali berlakon di depan kaca televisyen.

IKLAN

“We want you back Icaaa, please berlakon balik,” tulis seorang individu.

“Queen woke up and choose fact. Btw, queen I love you so much in Vanilla Coklat,” jelas peminat yang meluahkan rasa rindu.

“Kesian artis yang sedia ada masih cantik, pandai memainkan watak menghayati watak,” kongsi seorang warga maya.

Izara Aishah memulakan kerjaya seninya lebih 10 tahun lalu selepas menyertai program Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa.

Sumber: Twitter & Instagram Izara Aishah