Penyanyi, Lufya Omar berharap agar bekas suaminya Dr. Che Hafiz dapat mencontohi sifat pelakon, Sharnaaz Ahmad yang amat menyayangi dan perihatin mengenai kebajikan anak.

Menurut Lufya, bekas suaminya itu sudah tidak berjumpa dengan anaknya hampir setahun setengah.

“Dia nak jumpa anak I okay. I dah cakap banyak kali siap ada bukti mesej. I cakap you can come to the house jumpa anak.

“Kalau tak nak datang rumah tengok muka kita ke you can go to library atau playground.

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sebagai contoh Sharnaaz, saya sangat hormati dia. Dia ada masalah yang besar juga. Saya petik benda ni sebab nak jadikan dia satu benda yang positif.

“Dia turunkan ego dia, kemarahan dia dan sebagainya dia tolak tepi sebab anak. Itu saya respect. Anak saya perempuan, saya tak boleh terima. Lama dia tak jumpa anak.

“Dalam setahun lebih, dia tak jumpa anak. Saya fikir pasal Haura masa depan dia. Kesian dia,” katanya jujur.

IKLAN

Lufya yang menitiskan air mata turut memberitahu, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak membenarkan suaminya itu berjumpa dengan anaknya selain daripada kawasan rumah.

“Ada video dia panggil daddy tapi tak pandang. So macam mana dia kata saya halang pula. Kalau betul-betul sayang anak, dari mula dah boleh nampak rindukan anak.

“Ada sebab kenapa tak boleh tapi saya tak boleh cerita. Saya seorang ibu dan saya seorang perempuan saya kena jaga anak saya.

“Saya tak nak share tapi adalah sebabnya. Kalau dia tak nak bincang dengan saya tak mengapa just jumpa anak,” jelasnya lagi.

Bekas peserta Akedemi Fantasi musim ke-6 itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv anjuran Nurflix Inisiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Jelas Lufya lagi, sekiranya masih tiada maklum balas berhubung isu ini, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke tengah.

“Saya minta orang di luar sana berdoa supaya saya dapat berbincang dengan baik atau bawanya ke tengah.

“Saya akan tuntut pasal anak. Saya nak pergi umrah bawa anak pun tak boleh. Sejak dari itu saya mula fikir macam mana nak sekolah.

“Soal nafkah dan anak semua tu saya tak nak cakap lagi sebab saya dah ulang banyak kali.

“Saya bukan nak aibkan dia, saya nak bagi kesedaran. Ni bukan kes cari glamor ini kes masa depan anak,” katanya yang turut menambah, nasihat yang baik dari orang sekeliling juga penting.

“Kalau kawan yang baik, dia takkan bagi nasihat bukan-bukan dan bawa ke tempat bukan-bukan.

“Kawan yang baik akan ajak you pergi kelas agama, muhasabah diri supaya jadi orang baik bapa yang baik walau you tak bersama dengan I lagi,” katanya.

Terdahulu, Nurflix.tv merupakan platform streaming TV Online yang menawarkan kandungan digital yang berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Lufya bakal tampil menerusi rancangan berjudul The Khadijas yang turut bakal melibatkan ramai selebriti wanita, antaranya Ernie Zakri, Sherry Al-Hadad, Hawa Rizwana dan ramai lagi.