Penyanyi senior, Ramlah Ram mengakui ramai peminat yang mengharapkan dirinya menyertai program realiti, Gegar Vaganza.

Malah jelasnya lagi, setiap tahun pasti akan ada yang bertanya sama ada dia mahu menyertai program tersebut atau sebaliknya.

“Apabila bercakap mengenai perkara ini, jujurnya saya sangat menghargai bila ramai yang mahu lihat saya berada di atas pentas Gegar Vaganza (GV).

“Tapi apa yang saya katakan di sini, saya belum lagi lagi bersedia setakat ini,” katanya.

IKLAN

Penyanyi Selamat Jalan Romeo ini berkata demikian menerusi segmen #MHLifeStyle Media Hiburan baru-baru ini.

Bagaimanapun, bintang asal Johor ini juga tidak boleh memberikan jawapan konkrit memandangkan keputusannya mungkin berubah pada masa depan.

“Tidaklah saya cakap tak mahu masuk terus, sebab hati kita ni boleh berubah-ubah. Kita pun tahu.

“Cuma buat masa sekarang ni… Tak lagi kot. Belum lagilah,” katanya lagi.

Ikuti versi penuh #MHLifeStyle Media Hiburan bersama Ramlah Ram di sini. Banyak lagi perkembangan seni serta sisi peribadi yang dikongsi penyanyi berkenaan.