Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mendedahkan akaun Instagramnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Ahad.

Menurut Adibah, dia kini telah pun mencipta akaun baru dengan menggunakan nama @adibahnoormohdomar.

“Hi gais! My Instagram adibah_noor no longer exists. So stupid of me to believe all those “verification” requests. Now all those memories in pictures and posts are gone forever.

“My new account is adibahnoormohdomar. In case you wanna give it a follow. thank you,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu turut berkongsi modus operandi yang digunakan oleh penggodam tersebut agar semua pihak sentiasa beringat.

IKLAN

“Kalau ada pihak “Instagram” suruh buat verification bagai, jangan percaya. Menipu jer. Now my Instgram acc adibah_noor dah disimpan deme.

“Bila tak buat “verification” deme akan ugut nak tutup akaun within 24 hours la apa la. So you pun kelam kabut la buat apa yang disuruh, tukar password banyak kali.

“Bagi verification code (yeah i was THAT gullible). Last-last, sampai your email pun yang connected to your instagram deme tukor,” katanya lagi.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Adibah menerusi akaun Twitter miliknya. 

Dalam pada itu, pelakon filem Talentime itu turut mendedahkan bahawa individu tersebut ada meminta wang daripadanya sekiranya mahukan semula akaun berkenaan.

“As expected, hacker wanted money to give me my account back. No surprise.

So, its a new account from now on. my ig is now adibahnoormohdomar,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat bersimpati dengan kejadian tersebut selain turut serta merta mengikuti akaun terbaru Adibah itu.

Sumber: Twitter Adibah Noor