Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, ada memberikan pendapatnya mengenai perubahan ketara berat badan melibatkan penyanyi popular dunia, Adele.

Menurut Adibah, sekiranya tranformasi tersebut di buat atas sebab-sebab kesihatan, dia akan menjadikan perkara tersebut sebagai inspirasi.

“Mungkin Adele kuruskan badan atas sebab-sebab kesihatan. Untuk itu, aku harus jadikan inspirasi tapi kalau sebab nak cantik, dulu dia lagi cantik.

“Hemat saya sahaja,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Adibah menerusi akaun Twitter miliknya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut hanyalah pandangan peribadinya sahaja.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai terhadap kenyataan tersebut.

Terdahulu, nama penyanyi lagu All I Ask itu menjadi sebutan selepas ramai yang terkejut melihat perubahan berat badannya ketika ini.

Menurut laporan Birmingham Mail, berat badan Adele dikatakan turun sebanyak 100 pounds (45kg) sejak Januari lalu.

Sumber: Twitter Adibah Noor