Pembaca berita dan personaliti tv, Hawa Rizwana Redzuan ada berkongsi detik cemas ketika sedang melakukan aktiviti ‘jogging’ pada Jumaat.

Menurut Hawa, ketika dia sedang berlari, dia terserempak dengan sekumpulan anjing lalu cuba untuk mengejarnya.

“Tadi nak jog, lepastu nampak anjing banyakk.

“Cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kejar, i pun lari la,” tulisnya.

IKLAN

Kisah mendebarkan itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Bagaimanapun, detik cemas itu terhenti selepas ada insan yang berhati mulia kebetulan melalui kawasan tersebut mengajak Hawa menaiki keretanya lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat.

“Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.

“Nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.

“May Allah bless you,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hawa turut merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang telah menyelamatkanya itu selain turut mendoakannya supaya dia sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hawa supaya jogging di kawasan yang lebih selamat dan seeloknya bawalah teman.

Sumber: Twitter Hawa Rizwana