Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi berita sedih bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Asmara Ini memaklumkan telah tercedera di bahagian lutut selepas mengalami kesakitan berpanjangan.

Menurut Fazley dia mengalami kesakitan seleps memanjat bukit dan bersenam pada minggu lalu.

“Last week saya pergi hiking.. lepas tu saya ada rasa sengal sikit lutut kanan ni. Sampai solat pun dah beberapa hari solat duduk. Tapi tiap2 hari saya tetap pergi jogging 8-10km.

IKLAN

“Isteri saya @azrene_ahmad dan ibu saya @rsd.umi dah banyak hari tegur “Kaki sakit tak perlu lah jogging!” Tapi saya tetap gagahkan jugak.

“Akhirnya hari ni kecundang! #kneeCartilage Injury with chipped knee cap! Aduhhhh! 3 minggu kena rehat! Camno ni?!

“Tadi doctor siap masukkan jarum besar celah2 kepala lutut dengan tulang lutut untuk keluarkan cecair, then dia cucuk balik masukkan gel.. bayangkan macam mana ngilu dan sakitnya rasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar Fazley kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Bagaimanapun, Fazley memaklumkan telah menerima rawatan dan perlu berehat selama tiga minggu atas saranan doktor.

Foto: Instagram Fazley Yaakob