Penyanyi yang kini bergelar usahawan, Mila Jirin mahu hidup secara sederhana dan tidak terlalu mewah.

Baginya, kehidupan sedemikian adalah sesuatu yang indah bersama suami, Isz Mustapha dan anak,Arif Zikri.

“Bersederhana dalam segala segi, itu yang di-didik oleh suami saya @isz_mustapha. Suami selalu pesan “SEDERHANA itu MUDAH” – Betul! Sederhana itu INDAH..

“Saya pernah dengan 1 ceramah di youtube.

“Kepada isteri diluar sana, ayuh kita sama sama tunjukkan keperibadian yang baik kerana ia adalah cermin kepada siapa kah suami kita.

“Sudah semestinya kasih dan cinta kita buat suami, asbab itu perlihatkan lah kelakuan yang membuatkan suami mu bahagia apabila dipandang masyarakat.

IKLAN

“Walaubagaimana tinggi jawatan seorang isteri, Walau besar mana gaji isteri berbanding suami, suami tetap our TOP Priority yang perlu sentiasa dihormati dalam segala segi.

“Mudah wanita itu untuk masuk syurga, hanya dengan mentaati suami.. Mudah untuk dapat Redha Allah, dengan mendapat Redha suami.

“Rebutlah peluang kumpul pahala dan redha Allah sebagai isteri solehah.

“Buat diri ini yang jahil juga, moga dibimbing Allah untuk jadi Isteri Solehah. Cita cita semua wanita yang bergelar seorang isteri.

“Kejayaan seorang isteri adalah seorang suami yang sentiasa di sisi,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

Bersederhana dalam segala segi, itu yang di-didik oleh suami saya @isz_mustapha. Suami selalu pesan "SEDERHANA itu MUDAH" – Betul! Sederhana itu INDAH.. – Saya pernah dengan 1 ceramah di youtube. – – "Kepada isteri diluar sana, ayuh kita sama sama tunjukkan keperibadian yang baik kerana ia adalah cermin kepada siapa kah suami kita.. Sudah semestinya kasih dan cinta kita buat suami, asbab itu perlihatkan lah kelakuan yang membuatkan suami mu bahagia apabila dipandang masyarakat" – Walaubagaimana tinggi jawatan seorang isteri, Walau besar mana gaji isteri berbanding suami, suami tetap our TOP Priority yang perlu sentiasa dihormati dalam segala segi. – Mudah wanita itu untuk masuk syurga, hanya dengan mentaati suami.. Mudah untuk dapat Redha Allah, dengan mendapat Redha suami..Rebutlah peluang kumpul pahala dan redha Allah sebagai isteri solehah. – Buat diri ini yang jahil juga, moga dibimbing Allah untuk jadi Isteri Solehah. Cita cita semua wanita yang bergelar seorang isteri. – Kejayaan seorang isteri adalah seorang suami yang sentiasa di sisi. – Gambar Kredit @bismie_amer dari @bizmillatravel Thanks utasz!

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Dalam perkembangan lain, Mila yang juga menguruskan industri perkahwinan gembira apabila kerajaan memutuskan bahawa majlis keramaian, khususnya majlis perkahwinan boleh beroperasi bermula Julai ini.

Bagaimanapun, Mila dan pekerjanya tetap mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan dengan mengamalkan norma baru.

View this post on Instagram

ALHAMDULILLAH.. Sujud SYUKUR kepada ALLAH.. – Saya mewakili ribuan pengusaha mengucapkan TERIMA KASIH buat kerajaan Malaysia, Tan Sri @muhyiddinyassin_official @mkn_rasmi @datosriismail_dsi, Dato Sri @dr.adhambaba yang memberi kebenaran buat kami pengusaha industri perkahwinan beroperasi semula dengan SOP yang telah diputuskan bermula julai ini. – Alhamdulillah, segala penat lelah AWIM dan Gabungan Persatuan2 (WPAM, AWP, PWPA, MWPPM, PPBPP) yang telah mengumpul semua pengusaha industri perkahwinan di seluruh Malaysia untuk BERSATU. Dengan pelbagai USUL yang diberikan dalam pembagunan SOP. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikkan kalian. Moga Ukhwah dalam persatuan dikekalkan untuk kebaikkan bersama. – Masya Allah, saya dapat puluhan DM yang menyatakan SYUKUR dapat berniaga semula dalam perjuangan mencari Rezeki. – Saya mohon semua sahabat industri untuk MEMATUHI SOP YANG DIKELUARKAN oleh pihak kerajaan kepada industri perkahwinan. Mohon untuk memantau dan memastikan SOP, PENJARAKKAN SOCIAL dan KEBERSIHAN diberi keutamaan kepada pelanggan dan pengunjung. – Buat semua bakal raja sehari, insya Allah dengan SOP yang telah diberikan, kami semua komited dalam perlaksanaan. – Insya Allah, sesungguhnya perancangan Allah ini yang maha terbaik. – Kami di @bizmilla_wedding_centre akan MULA BEROPERASI pada Jumaat ini 26hb JUN 2020. Buat para pelanggan boleh lah berhubung dengan wakil jualan BIZMILLA untuk maklumat lanjut – Salam Syukur, MILA JIRIN

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Untuk rekod, Mila mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak, Arif Zikri yang kini berusia tiga tahun.

Foto : Instagram Mila Jirin