Pengacara dan pelawak, Ain Sufia atau sinonim dengan panggilan Ain Awok ada berkongsi berita cerita bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Othman, dia sentiasa mengambil pendirian untuk mengutamakan anak pertamanya, Indah Nufa.

“Dah jadi mak orang, perut @indah.nufa setelkan dulu, baru lah tenang mader nak makan.

“Bapak dia makan dulu kang anak dah sudah makan dia boleh layan anak pulak.

IKLAN

“Sudahnya bila kita orang yg last makan, semua yg tak habis kita yang kene habiskan. Kang tak makan, sayang pulak membazir.

“Dahtu kau ghaseee bila nak kechilllll kembali,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut memuji sikap keibubapaan Ain dan suami.

Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib, 33 pada 1 Februari 2019.

Ain, sebelum merupakan anggota kumpulan Awok dan menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 serta Projek Komedi Warna setahun selepas itu.

Foto : Instagram Ain Sufia