Pelakon Jasmin Hamid menitipkan kesyukuran apabila dikurniakan anak yang tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapanya.

Jelas Jasmin, anaknya tidak kisah andai dicium atau mencium ibu bapa walau di khalayak ramai.

“Syukur alhamdulillah.. Allah kurniakan saya dengan anak-anak yang tak malu di cium dan mencium Ibubapa walaupun di tempat umum sebab bagi mereka, Ibubapa adalah Pintu Syurga mereka, pinjaman Allah.. Curahkan kasih sayang sementara Allah berikan peluang.

IKLAN

“Terima kasih kepada Arwah MAMA dan Arwah BABA saya yang mendidik kami dengan penuh kasih sayang… Didiklah family kita dengan kasih sayang.

“Kenapa mesti malu untuk cium sayang family kita? Bila cium orang yang bukan mahram, tak malu pulak???,” jelasnya.

Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada 4 Februari 2008.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak, Ian Haziq dan dia turut mengambil dua anak angkat, Rohana dan Lukhman Hakim.

Foto : Instagram Jasmin Hamid