Selesai menunaikan fardhu haji buat kali kedua beberapa minggu lalu, Neelofa mengakui pemergiaannya ke tanah suci kali ini penuh makna, apatah lagi turut disertai oleh ibu tercinta serta dua adik lelakinya.

Malah, hos MeleTop ini tidak menafikan pelbagai pengalaman menarik telah dihadapi mereka sekeluarga sepanjang menunaikan ibadah haji.

Neelofa bagaimanapun reda dan menyifatkan apa sahaja situasi yang berlaku adalah sebagai antara ujian dari Tuhan buat hambaNya.

“Cabaran saya Allah duga ketika kami sekeluarga mahu pulang ke tanah air. Apapun, banyak perkara hal menarik yang boleh dikongsikan, tetapi apa yang saya ingin beritahu adalah kesusahan yang dihadapi ketika ingin memasuki balai berlepas dan imigresen.

“Kami ‘direject’ empat kali. Untuk tempoh lebih kurang hampir tiga jam, saya terpaksa berulang alik dalam keadaan yang sesak. Kemudian, saya mengambil teksi untuk ke terminal haji, iaitu kira-kira 20 minit dari terminal antarabangsa.

“Bila sudah berada di sana selama tiga jam, apabila mahu berlepas, pihak mereka meminta saya untuk mengambil ‘shuttle bus’ dan pergi balik ke terminal yang asal.

“Tiba-tiba bila dalam perjalanan dalam bas sekitar 30 minit, mereka memberitahu untuk kembali ke terminal sebelumnya kerana kapal terbang menghadapi masalah penerbangan dan terpaksa tunggu lagi sejam,” katanya kepada MH.

Ujarnya lagi, dia juga sudah mengalami sakit badan, kesan dari Influenza yang dialami.

“Jadi saya kembali ke terminat terdahulu untuk sejam, naik balik ‘shuttle bus’ untuk kali yang kedua dan pergi balik terminal sama untuk kali ketiga. Saya pula pada ketika itu dalam keadaan yang menggeletar dan tidak sedap badan kerana virus mulai menyerang.

“Jadi dalam keadaan saya di lapangan terbang yang agak mencabar itu, saya dalam keadaan berselimut dengan sejadah saja, guna apa adanya saja.

“Ia sungguh sukar dan begitu mencabar bagi saya. Tetapi saya dan keluarga tidak berkata apa-apa kerana kami reda, Dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tunai haji.

“Kita perlu reda atas ujian yang diberikan,” katanya yang kini berada di Amerika Syarikat bagi memenuhi undangan beberapa jenama fesyen di sana bersempena dengan Minggu Fesyen New York.