Pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan tidak lama dulu.

Ini kerana, bintang itu menjelaskan, saiz kakinya berubah menjadi selepas dia melahirkan anak pertama iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.

Liyana berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu entri di Instagram miliknya, baru-baru ini.

“After i beranak, i dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi dua paparan video pendek yang dimuat naik.

IKLAN

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon Kami The Movie itu menambah, saiz kakinya sebelum ini sekitar 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5.

Malah, kasut-kasut yang mahu dijual itu punya makna tersendiri bagi dirinya.

“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut2 ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.

“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” jelasnya.

Sebagai rekod, Liyana mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Fathudin Mazlan, 36, pada Februari 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.

Foto: Instagram Liyana Jasmay