Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hari ini telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 6.10 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz menerusi akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella

“Yayy, it’s our first wefiee,” tulisnya.

IKLAN

Malah, penyanyi lagu Tenang itu turut berkongsi foto pertama bersama anak perempuannya itu buat tatapan para peminat dan rakan artis.

Dalam pada itu, Bella, 26, turut mendedahkan proses melahirkan kali ini memakan masa agak lama jika dibandingkan dengan anaknya yang pertama, Ayden.

“Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah.

“(Abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah),” tulisnya.

Entri tersebut nyata menerima perhatian ramai selepas meraih lebih 190,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah diatas perkhabaran gembira tersebut selain turut mendoakan semoga proses berpantang Bella dipermudahkan.

Terdahulu, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.

Sumber: Instagram Bella Astillah